Sunday, September 15, 2013

Sesuatu yang Pasti

"Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned."

Assalamualaikum readers...

MATI...
Siapa mampu menduga saat nafasnya terhenti?
atau sembunyi tatkala Izrail datang?
Ahh...

Benarlah. Mati yang paling dekat dengan kita. Kerana yang pasti, semua yang bernyawa akan ada noktah hidupnya. Tidak kira, pangkat, harta dan juga kepercayaan.

Petang tadi telah menyaksikan pertarungan hidup seekor anak kucing. Hidupnya ternyata, bagai telur di hujung tanduk. Hatiku berdegup kencang. Nafas si anak kucing pula, semakin perlahan. Nampak titisan air matanya. Melihat situasi ini seorang diri, untuk kali kedua, tergamam. Tulang rusuk yang patah dan leher yang sudah lembut. Hanya berbekal sedikit ilmu perubatan, aku memberi semangat untuk buat apa yang termampu... Aku rasa bersalah. Kalaulah aku si dokter, mungkin aku bisa memberi sedikit atau lebih masa untuknya. Tapi bukan aku yang menentukan masa tersebut... :'( Tutuplah buku hidup seekor anak kucing. Semoga kau baik-baik di sana, sayangku.

The mother of the kitten keep on meowing til now...


Thursday, September 5, 2013

My Two Cents

Uban? Bila masa kau tumbuh? Kau datang tidak nampak dicelah-celah rambut hitamku. 

Assalamualaikum wbt and greetings readers

As I'm washing my shoes and suddenly rasa sedikit perasan handsome, I look up and see my face in front of a mirror. I tend to do simple massage on my cheek, always. I look upon my dirty hair and oh wait, something's not right. Ada uban, sehelai atas kepala aku.

Aku tergamam, aku sudah beruban? Perasaan pelik itu bukan hadir dari rambut uban itu sendiri, tapi aku teringat kata-kata orang. Kalau ada uban, maksudnya banyak berfikir. Kurang setuju..

Uban? Bila masa kau tumbuh? Kau datang tidak nampak dicelah-celah rambut hitamku.

Aku lebih setuju bila orang kata, hadirnya uban mengingatkan kita tentang mati. Padahal ada orang rambut putih dari muda lagi. Take it as a positive measure. Orang yang bijak ialah orang yang ingat mati.

Quoted:
Yang paling dekat dengan kita ialah mati. Janji Allah, yang hidup yang bernyawa pasti mati. - Imam Al-Ghazali.

Takut. Belum cukup lagi persiapanku. Tarbiyyah diri pun masih merangkak. Macam baby lagi.

Haruslah kita pasang niat untuk berubah. Usaha untuk mentarbiyyahkan diri. Tawakkal and insyaAllah, yakin pada ketentuan Allah.

Salam peringatan untuk diri-sendiri and kawan-kawan.

p/s: Last Tuesday, baru balik ke rumah dari South Korea. Ada program di sana for more than a week. I will share my experience as soon as possible.