Sunday, June 30, 2013

Baksis '13 : Lambaian Kasih Dari Utara

Assalam and greetings human. 

Alhamdulillah setelah beribu kali berjanji nak siapkan Travelogue tentang Bakti Siswa to Kampung Sungai Setar, akhirnya dapatlah aku siapkan secebis penulisan yang mungkin panjang, dan mungkin tidak terlawan dengan memori indah aku dapat dari program ni. 

Anyway, let me brief a lil bout this programme. Bakti Siswa adalah sejenis program berbentuk community service yang memerlukan pelajar-pelajar untuk bekerja ataupun berbakti kepada masyarakat secara sukarela. 

Pada tahun 2013 tarikh 10 Jun sehingga 14 Jun, selama 5 hari, Mahallah Bilal collaborate dengan Mahallah Safiyyah untuk menjayakan satu program baksis yang best, bertempat di Kampung Sungai Setar, Sik, Kedah. 

So, let's begin :D

START


Day 1



Pada pukul 9 malam, semua peserta dan komiti, berkumpul di Multi Purpose Hall Mahallah Safiyyah. Dalam masa satu jam, kami punggah barang dari MPH ke stesen bas berhadapan dengan gate Mahallah Safiyyah. After that, semua orang balik ke MPH untuk briefing terakhir mengenai perubahan jadual dan juga pencerahan daripada biro modul. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan;Secondary, Primary and Nursery School. Aku dapat Secondary school. Kami diberi dokumen mengenai modul yan g akan kami jalan mengikut kumpulan masing-masing. Pada pukul 11 pm, kami masuk bas. Ada 2 bas; Bas besar and Mini Bas. Kami bergerak ke Sik, Kedah tepat pada jam 11.15pm.

Pada jam 1.10am bas berhenti sekejap di RNR Tapah Arah Utara. Semua makan malam untuk mengisi perut yang lapar. 30 minit kemudian kami bergerak semula dan semua orang tidur.

Pada jam 6am, kami sampai di Masjid Safwan Pekan Jeniang. Kami solat subuh berjemaah dan rehat sementara di masjid tersebut. Kami beli sarapan di kedai makanan yang terletak di hadapan masjid. Nasi Lemak, Roti Canai dan The Tarik menjadi sarapan pagi pertama di Sik, Kedah!

Pada pukul 9am, kami bergerak dari masjid ke kampung tersebut. Ada klinik, kedai, rumah-rumah dan tidak lupa juga perkampungan siam di tepi-tepi jalan. Kebanyakannya pokok di sekeliling kami. Jalan bertar tapi dalam keadaan kurang baik. Perjalanan yang bergegar-gegar. Tapi jalan itu masih boleh digunakan. Permandangan yang menarik boleh dilihat dari sudut cermin, rumah-rumah kecil, ayam dan itik berkeliaran, orang kampung yang bangun awal pagi untuk bersarapan di warung berdekatan. Sesuatu yang jarang kita lihat di Bandar. Pada pukul 9.15am, kami sampai di kampung.

Sejurus ketibaan, kami keluar dari bas dan berkumpul di bawah kanopi. Kata-kata pembuka majlis dari ‘DJ Kampung’ iaitu Pak Tam kemudiannya diiringi dengan doa oleh Tuan Haji. Kemudian, kami dihidangkan dengan sarapan lagi. Nasi Lemak Kampung Sungai Setar. Sedap kata mereka. Aku yang sudah kenyang, mengalah dan hanya duduk minum air teh panas.

Kemudian, kata-kata aluan daripada JKK Sungai Setar, ucapan ringkas dari Principal Mahallah Bilal Dr.Khaizuron, dan juga Ucapan Perasmian daripada YB Mahadzir. Ucupan yang berhormat sungguh bermakna buat kami yang dating dari jauh, tatkala keletihan, kami bangkit bertenaga. Setelah merasmikan program kami, beliau mengetuai Penyerahan Anak Angkat kepada orang-orang kampung yang terlibat. Aku dan juga Firdaus diserahkan hak penjagaan kepada seorang penoreh getah. Selepas penyerahan anak angkat, kami telah diwawancara oleh krew RTM dan kemudiannya mengambil gambar program beramai-ramai. Setelah itu, kami menjamu selera dengan hidangan istimewa, daging kari dengan rias pisang, rebung, ikan masin dan sambal. Kami juga sempat menyaksikan persembahan budaya kampung ini iaitu Gendang Silat. Khas untuk kami dipersembahkan oleh orang kampung sendiri!

Seusai opening ceremony, kami bersama-sama mengemas kawasan kanopi dan balik ke rumah masing-masing. Pada jam 4 petang, kami berkumpul semula di surau untuk meneruskan aktiviti ziarah silaturahim. Aktiviti ini dijalankan untuk mendedahkan kepada seluruh orang kampung samaada yang mempunyai anak angkat mahupun yang tidak mengambil anak angkat, tentang intipati dan jadual program sekaligus mengalu-alukan kedatangan mereka ke program kami. Kami telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan kumpulan aku telah diarahkan untuk mempelawa orang-orang di Kampung Banggol bersebelahan dengan kampung kediaman kami. Di kampung itu, kami boleh lihat sendiri pokok getah secara dekat. Pokok buah-buahan juga banyak di tepi jalan. Sempat juga kami merasa kemanisan buah durian dan buah mata kucing fresh dari pokok!

Pada jam 6pm, kami berkumpul semula di masjid dan mengambil masa selama 30 minit untuk melakukan Ice Breaking antara kami sendiri. Pada pukul 6.30pm, kami makan malam di kawasan kanopi kemudian bersiap untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya’ di surau. Sedikit tazkirah daripada Bro.Hakim di antara Maghrib dan Isya’ mengenai keikhlasan dan juga intipati Surah Al-Fatihah. Selepas solat Isya’, kami mengalih barang-barang dari ruang masjid ke rumah di hadapan masjid itu. Kemudian semua bersurai ke rumah masing-masing untuk tidur tetapi komiti program diarahkan untuk tunggu sebentar di surau untuk brainstorming.

Day 2



Alhamdulillah. Hari pertama dah selesai. Hari kedua pasti ada misterinya! Itu yang kami nantikan.

Kami mulakan hari kami dengan ‘Morning Exercise’ di padang ragut. Diketuai oleh Bro Ghafur atau nama glamornya GaGa. Dari kepala hingga ke kaki, ada senamannya. Kami jadi semakin bersemangat apabila Bro.Ghafur memperkenalkan teknik memhembus nafas ataupun sorakan yang baru. Dengan berdiri tegak, tangan cuba mencecah hujung kaki seperti ‘streching’, kemudian gerakkan tangan selama 3 saat dan lakukan hooray sambil menyebut “Banzai!”. Kecut perut kami ketawa.

Kami teruskan aktiviti dengan bergotong-royong pada pukul 9 pagi. Kami bersihkan kawasan padang ragut dan sekitarnya dalam jangka masa yang cepat walaupun keluasan padang ragut tu besar. Yang paling menyeronokkan, kalau ada yang kutip sampah tanpa teliti, ada kemungkinan terkutip tahi lembu. Almaklum la kawasan padang ragut. Memang kawasan lembu makan-makan. Selepas itu, lelaki membantu orang kampung set-up pentas manakala pihak perempuan bersihkan kawasan surau.

Atas permintaan salah seorang jawatankuasa pihak kampung, selepas gotong-royong, kami pergi melawat rumah-rumah yang ada pesakit yang tenat. Ada 5 buah rumah yang telah dikenal pasti dan kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. Kami pergi menziarahi dengan sekampit beras, kain pelikat dan kain-kain lain. Sesi ziarah kali ini betul-betul menyentuh hati kami. Salah seorang daripada pesakit yang berumur lebih kurang 70 tahun memberikan kata-kata semangat kepada kami.

“Blajaq bagi baguih-baguih. La ni blaja utk ampa sendiri, bukan untuk kami”

Setelah selesai aktiviti tersebut, kami kembali ke rumah masing -masing dan kembali ke surau pada pukul 2.30 untuk persediaan Sukaneka yang diketuai oleh Bro.Afifi. Pada pukul 3 petang, penduduk kampung sudah mula berkumpul di padang ragut. Semua peralatan sudah siap sedia dan kami mulakan sukaneka walaupun cuaca kurang sesuai. Padang ragut dibahagikan kepada dua bahagian, untuk lelaki dan perempuan. Sukaneka ini terdapat banyak permainan, khas untuk semua peringkat umur. Antara permainan sukaneka ialah Galah Panjang, Lari di atas Tempurung, Tarik Daun Kelapa, Gula-gula dalam Tepung, Isi Air dalam Botol, dan ditamatkan dengan permainan yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu, Tarik Tali! Penyampaian hadiah diberikan sejurus tamatnya Sukaneka. Memandangkan Sukaneka tamat pada jam 6 petang, pihak lelaki UIA dan orang kampung bermain bola.


Selepas itu, semua orang balik rumah untuk persiapan diri. Kami diberikan kelonggaran untuk solat Maghrib di rumah. Manakala untuk solat Isya’, kami diarahkan untuk berjemaah di surau kerana YB Mahadzir datang. Solat Isya’ diimamkan oleh YB sendiri. Setelah selesai solat Isya’, kami bergerak ke rumah ayah angkat Karamatao, seorang pelajar luar Negara UIAM untuk menjamu selera dan hidangan yang disediakan untuk kami. Kami telah dihidangkan dengan Pulut Durian, Cucur Ikan Bilis dan Mi Goreng. Pulut Durian sungguh sedap!

Tuan rumah membenarkan kami menggunakan ruang tamu rumah mereka untuk meeting dan briefing sekejap tentang aktiviti esok hari. Briefing diketuai oleh Bro.Ghafur. Terdapat perubahan dalam jadual program esok hari. Merewang yang telah ditukar pada jam 3 petang dilewatkan sehingga 4 petang. Kemudian, ketua biro modul, Bro.Aliff memberikan sedikit taklimat mengenai program motivasi di sekolah. Selepas itu, semua bersurai.

Alhamdulillah, untuk hari ini, rezeki memang murah. Tidak menang tangan untuk menolak pelawaan orang kampung. Makanan tak habis tapi terus menerus dihulurkan, menunjukkan betapa peramahnya orang kampung ini. Kami difahamkan oleh YB bahawa sekiranya ‘kena pada musimnya’, orang luar yang dating berkunjung akan dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan segar dari dusun! Bayangkan, walaupun bukan pada musim buah mereka, kami puas merasa durian, mata kucing, dan lain-lain buah-buahan pada hari pertama dan kedua. Entah apa lagi esoknya, tapi pasti ada kejutan tersendiri. Syukur Alhamdulillah dengan nikmat ini. :D


Day 3



Sekolah, Rewang dan Persembahan Budaya! 3 Aktiviti yang kami akan buat untuk hari ni.

Pada jam 8.00 pagi, kumpulan yang akan bergerak ke Sekolah Menengah Jeneri dan juga tadika berkumpul di hadapan surau. Sedikit taklimat ringkas daripada Ketua Biro Modul, Bro. Aliff sebelum kami berangkat ke destinasi masing-masing. Rasa gementar untuk member motivasi kepada adik-adik mula terasa walaupun ini bukan kali pertama aku menjadi fasi. Kami bergerak ke sekolah dengan menaiki bas pada jam 8.15 pagi dan 8 minit kemudian, kami sampai ke SMK Jeneri, Sik, Kedah.

Kawasan sekolah tersebut sangat luas, dengan fasiliti yang lengkap. Kami disambut oleh Cikgu Mazhalan dan dibawa ke cafeteria sekolah. Kata-kata aluan diberikan oleh kaunselor sekolah iaitu Cikgu Rosli kemudian ucapan ringkas daripada Pengetua Sekolah. Kami telah diberitahu bahawa adik-adik yang akan bersama kami hari ini dari Tingkatan 4 dan masing-masing dalam jurusan sains, perakaunan, perdagangan dan juga kemahiran. Sebelum program kami bermula, Bro.Aliff memberikan pencerahan tentang modul-modul yang akan kami jalankan. Pada jam 9 pagi, program kami bermula dan tamat pada jam 1 petang. Sambutan yang amat memberangsangkan daripada adik-adik SMK Jeneri. Walaupun ramai yang bosan pada mulanya, tetapi selepas habis program, ramai yang berpuas hati dan gembira. Alhamdulillah. Kami hanya berharap yang baik-baik sahaja. Selepas tamat program, pihak sekolah menyediakan jamuan kepada kami dan wakil daripada kami menandatangani buku pelawat SMK Jeneri.

Kami berangkat pulang ke kampung pada jam 2 petang. Sebelum balik ke rumah masing-masing, kami singgah ke rumah salah seorang penduduk kampung yang mempelawa kami untuk menjamu Laksa Kedah yang telah mereka sediakan. Kenyang dan sedap! Itu sahaja yang mampu kami katakan.

Pada jam 3 petang kami turun ke depan rumah Mama untuk membantu biro catering merewang untuk majlis kenduri malam ni manakala sesetengah daripada kami telah berada di sekolah rendah untuk program motivasi. Ayam, bawang, sayur, kari sehingga ke nasi, kami masak beramai-ramai. Yang seronoknya, pertama kali kami cuba masak nasi dengan menggunakan salah satu alat besi yang besar. Bentuknya lebih kurang macam kapal Apollo. Beras dituang di atas beberapa talam. Talam-talam tersebut disusun di atas rak besi yang berbentuk segi tiga yang terletak di atas kuali besar berisi air panas yang sedang mendidih. Selepas semua talam tersusun dengan lurus, kami tutup kuali tersebut dengan badan kapal Apollo tersebut. Nasi tersebut akan masak dalam masa 45 minit.

Sesetengah daripada kami pula membantu  orang kampung untuk set up pentas dan juga menyusun kerusi-kerusi di kawasan kanopi. Selepas habis semua kerja, semua balik ke rumah untuk bersiap-sedia dan berpakaian segak untuk majlis Persembahan Budaya Baktisiswa 2013!

Pada jam 9 malam, kelihatan ramai penduduk kampung berkumpul di kawasan kanopi. Bukan sahaja penduduk kampung dari Kampung Sungai Setar, malahan dari kampung sekeliling kawasan juga turut hadir memeriahkan majlis kami. Semua menjamu selera dan menu kami hari ni ialah, Laksa Utara, Nasi Putih, Kari Ayam, Kerabu, Sambal Ulam dan juga Ikan Masin. Masakan yang mantap dan sedap! Pengacara majlis ialah Bro.Faizul dan Sis.Sakinah. Kedatangan YB Mahadzir memulakan majlis kami dan persembahan pertama ialah Nasyid Marhaban. Selepas itu, persembahan gendang silat yang sama seperti hari pertama. Pelajar UIAM sudah bersiap-sedia untuk melakukan persembahan masing-masing. Masa 7 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk mempersembahkan apa-apa sahaja yang kami telah sediakan. Semua penduduk terhibur dengan persembahan kami dan majlis ditutup dengan persembahan gendang silat sekali lagi dan kemudian penyerahan penghargaan kepada YB Mahadzir. Selepas itu, semua penduduk kampung bersurai ke rumah masing-masing manakala kami dan sesetengah penduduk kampung yang tinggal mengemas kawasan kanopi.

Alhamdulillah. Hari ni antara hari yang paling penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan!


Day 4



Pada jam 8 pagi, ada explorace di padang ragut. Unfortunately, tak tau la apa sebabnya, maybe hujan, explorace tak jadi. Aku tak tahu sebab aku masih tertidur dalam rumah sampai jam 9.30 pagi. Anyway, program seterusnya iaitu Lawatan ke Empangan Beris!

Kami kumpul pada jam 10.30 pagi sebelum berangkat ke empangan tersebut. Sesetengah daripada kami akan menaiki kereta dan selebihnya akan menaiki bas UIA. Dalam masa kurang daripada 30 minit, kami sampai ke destinasi kami. Empangan Beris yang telah dibina sejak awal 20-an dan siap pada tahun 2004 mempunyai kawasan dengan pemandangan yang sangat cantik. Sebelum kami mula berlegar di kawasan empangan tersebut, kami berkumpul di dalam satu bilik khas sebab ada sedikit briefing daripada staff empangan tentang sejarah pembinaan dan beberapa fakta tentang Empangan Beris ni.

Selepas briefing, kami semua bebas bergerak di sekitar kawasan empangan, tapi beberapa kawasan memang tak boleh masuk. Sangat seronok sebab pertama kali pergi kawasan empangan. Kami beruntung sebab masa kami datang, air empangan dilepaskan mengikut jadual sendiri. Boleh tengok live. 

Jamuan khas dihidangkan untuk kami oleh staff. Lepas tu, Bro.Nurdin bagi kebenaran supaya kami semua pergi ke Ladang Anggur Sik. Splendid. 

Perjalanan lebih kurang 20-30 minutes tidak lama bila sampai ke ladang anggur tu. Pemandangan yang cantik. Boleh tahan la. Tapi tak sesejuk yang aku imagine. Untuk masuk ke kawasan tanaman anggur, kena beli tiket berharga RM 4. Nasib baik murah. Keluasan ladang anggur ni, biasa-biasa ja. Tak banyak yang masak. Lepas habis jalan-jalan, kami beli anggur fresh packed berharga RM 15 per 500gm. Beli untuk family angkat. Hehe.

Lepas tu, semua balik ke kampung. Masing-masing dah puas berjalan-jalan. Tapi bagi mereka yang naik kereta, ada yang tak balik kampung, sebab tak puas jalan. Aku and the rest dalam kereta kancil join Mama makan Mee Rebus. Recommended. Memang sedap. Segan nak tambah lagi, sebab Mama belanja. 

Lepas tu, kami pergi rumah saudara Mama. Sampai kat rumah tu, terus telan air liur. Pokok durian is everywhere. I can smell their fresh delicious smell and I'm ready to eat them all. Kami duduk kat pondok luar rumah, sambil membuka durian-durian yang baru jatuh. Saat-saat yang dinanti telah tiba, durian feast sampai lebam. Masuk rumah, dan kami dihidankan dengan keropok ataupun 'krik krik'. I really enjoyed this moment, everyone is laughing and every is enjoying the moment, like I did. Bro.Yousuff baru tau maksud 'krik krik'. Entah berapa kali dah kena 'krik krik'. 

Dah kenyang dan ready untuk balik, kami siap-siap dan bergerak balik ke kampung. Malam tu plak ada kenduri. Lebih kurang 4 buah rumah buat kenduri. Aku hanya pergi 2 buah rumah. The only reason aku enjoy pergi kenduri kat kampung ni sebab durian pasti ada. Malam yang penuh rezeki, aku makan durian yang isinya kuning-kuning pekat, rasanya manis-manis macam aku, haha. Dan bau nya menusuk dalam kalbu. Entah berapa ulas aku makan. Yang penting, durian. 

Alhamdulillah once again. There's nothing much I can say about Day 4. Family outing makes me feel I'm one of them, knowing them better and laughing together as family. 


Day 5


Last day, bangun pagi rasa macam tak nak bangun dari katil. Baju formal Baksis sedia untuk dipakai. Ahhh semua orang ready nak buat drama masing-masing. 

Closing Ceremony diadakan di kawasan kanopi. Semua peserta pakai baju yang sama, and masing-masing bawak family angkat sendiri. Speeches by YB Mahadzir, Principal Mahallah Safiyyah and Programme Manager. 

After that, sesi penghargaan untuk semua pihak yang menjayakan program Baksis '13 ni. Ada sesi bergambar. And then officially program Baksis '13 berakhir. As usual, sesi bergambar tak habis pun. Kamera banyak sangat. Artis pun banyak. Semua nak jadi artis. Hahaha.

Pihak lelaki solat jumaat kat kampung sebelah, lebih kurang 5-10 minutes dari kampung kami. Tepat jam 3 petang, semua berkumpul dan ready untuk balik. Barang-barang mula dipunggah masuk ke dalam bas. Jam 4 petang, kami akan bergerak balik tapi sebelum tu, masing-masing balik jumpa family angkat. Memang sedih saat ni. Mungkin ego aku kuat sikit, aku 'simpan' sedih sampai dalam bas. Pada jam 4 pm, kami bergerak pulang ke UIAM.

END

Siapa sangka, 5 hari cukup untuk jadikan kami rapat sebegitu rupa. Kalau ikutkan, kami hanya sukarelawan, tapi kami datang sebagai anak angkat. Masing-masing punya rasa sayang pada kampung yang memberikan kami 5 hari yang penuh tawa riang dan memori yang indah. 

Jangan risau orang Kampung Sungai Setar. Ada masa kita jumpa lagi. Ada cuti, kami pi sana lagi. 

























Masuk Newspaper Kosmo


p/s : All of these pictures are credited to the original photographers. Video provided is credited to the right authority.

Monday, June 3, 2013

Tobacco Fever?

Assalam and greeting dearest homosapien, cats and ghosts.

Prior to the World Tobacco Day on last 31st of May, 2013, I would like to point out my views on this mad smoking fever issue that has been haunting us for over 10 billion years. Well, that's a lil bit exaggerating.


Dalam Malaysia, pihak kerajaan telah berjaya meningkat harga penjualan rokok sebanyak 3 sen sebatang. Satu kotak ada 10 batang rokok, bermakna satu kotak naik 30 sen. Banyak advertisement berbentuk artikel, video, gambar dan 'macam-macam ada' tentang bahayanya rokok telah diwar-warkan secara berleluasa samaada di kaca tv, surat khabar ataupun pada kotak rokok itu sendiri dengan harapan purata perokok dan seterusnya penjualan rokok itu sendiri akan menurun.

Sebagai rakyat marhaen yang masih belajar, isu ini bukanlah biasa aku dengar dan kerap kali jugak dibisikkan di tepi telinga kita dari tepi tingkap oleh sang hantu. Isu merokok bukannya berlaku dalam kalangan remaja ja. Adik-adik kicik, pelajar sekolah baru nak up ataupun tengah down sebab stress, pelajar universiti, pekerja awam dan swasta, warga tua dan alhamdulillah, belum lagi zombie kampung pisang hidup untuk merokok. And please, ladies are not an exception. Last few days, I witnessed myself, a lady smoking in a car. This matter is general.

Now, what makes me wonder, why is the price of cigarettes keep on increasing year by year? Adakah dengan menaikkan harga rokok berkali-kali masih tidak mampu untuk mengurangkan kadar perokok tegar? Tidak dinafikan kenaikan harga rokok ada baiknya. Tapi kalau berkesan, kenapa harga rokok naik lagi? Well, I rest my case on this one.

Fikir balik. Does it matter kalau harga rokok naik? Imagine if you're a criminal, does it matter if there's more jails? Imagine if you're a food onomnom-ers, does it matter if the price of Ice-Cream Goreng at pasar malam increase from RM2.30 to RM3.00? Money is definite but it is concrete. By concrete, it's easily produced over time. To some smokers, increment of the price of cigarettes won't affect them.

My sis stated in her article in NST, Dr. Zahirah(an active member of Malaysian Women's Action For Tobacco Control and Health(MyWatch) has said,
"Increasing the price of cigarettes would not solve the problem as smokers would still buy." 
Iklan juga menjadi satu cara untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya rokok kepada seluruh rakyat Malaysia. Di sana-sini kita boleh lihat sendiri, iklan di surat khabar, kaca tv, internet, dan kotak rokok tidak terlepas juga menjadi salah satu medium pengiklanan.

Fikir balik. Berapa peratus orang tengok iklan-iklan ni? Kalau tinggi, tanya balik. Berapa banyak yang terkesan dengan iklan-iklan ni? Does it matter? The best thing bout smokers are their determination. Not even prices nor advertisement would affect their smoking habit. I can prove it. No one can help you but yourself.

Teringat pulak dengan video latest Matlutfi, 'Sebelah Sayap'. Kepada yang belum tengok, mohon cepat-cepat open new tab sekarang, and search. Dari video tu, kita tau, hope and fear tak dapat dipisahkan.

Now tengok balik usaha dalam mengurangkan kadar perokok tegar. Meningkatkan harga rokok dan juga iklan bahayanya rokok. Both of these have the essence of FEAR. Di mana harapan? Ada ke kita bagi harapan? Tengok komuniti kita, ramai yang tak nak bergaul dengan perokok. Sangat bias dan penuh diskriminasi. Saat mereka tak merokok pun xnak hangout sekali ke? Sebab semua takut dengan mereka, dalam masa yang sama mereka juga jadi gila dengan kita. Sebab semua nak burukkan secara am, sehingga perokok yang baik pun terkena tempias.

Ya, anda boleh lihat aku back up mereka yang baik. Kawan aku sendiri cakap, walaupun dia merokok, tak mungkin dia ajar kawan lain merokok. Dulu pernah sekali, kawan kat sekolah offer rokok. Alhamdulillah, aku tak ambik. Kadang-kadang kita pandang sebelah mata. Sebelah mata lagi cucuk guna garfu macam dalam cerita P.Ramlee. Tau la mata tu tak cantik macam mata Juhi Chawla atau pun Kajol. Jangan judge mereka dengan bias. Bila dah dua-dua cucuk mata sebelah, tinggal kucing tepuk tangan, berak kat kedai jual rokok.
Hate the sin, not the sinner.
Dalam usaha kerajaan mengurangkan dan seterusnya membendung gejala merokok, sepatutnya elemen HOPE tu kena ada jugak. Kalau mampu buat iklan bahaya rokok, buat iklan cara-cara berhenti rokok jugak. Kalau mampu naikkan harga rokok, turunkan harga pil untuk smoking addiction. Kalau mampu buat komuniti benci rokok, buat komuniti yang bantu perokok berhenti merokok.

Kepada perokok pula, keep on trying to stop smoking. Not to try is absolutely wrong but to try is indeed a noble way. Berhenti merokok memang susah. My dad was once a smoker and he stopped. Didn't have the guts to ask him why, but I'm sure he stopped smoking because he love himself, his family and his health. To stop smoking has never been an easy job but it is achievable.

Anyway, terpulang la kepada korang nak judge rokok ataupun perokok ataupun pembuat rokok. But I like this statement, "The one who create cigarettes are the real killer".

Selamat bermain dengan kucing. Sekian. Peace no war.

p/s : Jangan cucuk mata guna garfu. Kalau dah letih sangat ada dua mata, please donate it.

Sunday, June 2, 2013

Scars


We all have our scars.

From loving someone too deeply.
From protecting someone so much.

I got these scars for you.
It looks like its gonna bleed and I know it hurts so much.
But none of these scars makes me love you less.
I love these scars so much, I could cry.

It doesn't matter if it bleeds.
These scars are my strength.
These scars keeps me well.
These scars reminds me of you.
And I hope I will never forget this feeling.



Saturday, June 1, 2013

Colouring!

Assalam lads and gentlemen

This is my first time colouring a drawing using Adobe Photoshop CS5.
Thanks to my dear friend, Izzul for the basic tutorial.

His name is Kawasumi
This is a fictional character in a manga called Hibi Chouchou.

Brief Synopsis: 
Upon entering high school, the very quiet but extremely cute Suiren becomes the immediate center of attention among the boys…but one particular boy does not look her way.
The story of a quiet girl and a quiet boy. A short, refreshing love story.

Enjoy reading :D