First and foremost, before aku mulakan travelogue yang tak berapa nak penuh dengan adegan travelling ni, aku nak ucapkan ribuan tahniah kepada team Cultural Educational Trip And Mentoring 2014 by residents of Mahallah Bilal and Mahallah Ameenah of International Islamic University Malaysia. Thanks juga sebab menerima aku, yang bukan committee and suddenly popped out of nowhere, and terima aku jadi adhoc committee. Aku pun budak bilal jugak. :3
Okay, sedikit penerangan. Kali ni, dorang nak buat baktisiswa dan educational trip to Sarawak from 14th January til 18th January of 2014. Program ni kolaborasi antara
Mahallah Bilal and Mahallah Ameenah, Urusetia Saudara Kita (USK) Kuching Sarawak dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan Sarawak. Diiringi oleh Dr.Khaizuron, Principal of Mahallah Bilal dan juga 2 pegawai dari Mahallah Ameenah, Kak Nor and Kak Sal, lebih kurang 37 orang pelajar UIAM dari lain-lain negeri dan juga seorang International student. Baksis akan dibuat di Kampung Senah Rayang, Serian Sarawak, Educational Trip to UiTM Kota Samarahan and then Tour de Kuching and Serian Sarawak! Woohoo~
Disclaimer : Ape yang aku tulis ni dari perspektif aku, my point of view, my mata kasar and so on. Untuk ekspedisi ni, aku akan mula dari 15 Januari sampai 17 Januari 2014, because hari-hari yang lain, aku takde dengan the whole team.
First Day - 15 January 2014
Kami bergerak dari Islamic Information Centre (IIC) pada jam 6.30 pagi. Kami ramai-ramai naik 4 van. Aku same van dengan Shafiz, Akmal, Zafir, Adam, Zamir, Halim, and and... aku dah tak ingat. Sorry korang. Anyway, aku pernah join baksis under MISI Club on 2012. Masa tu aku masih first year. Ever since then, dah 3 kali aku visit kampung tu, and dah ade family angkat. Alhamdulillah berkesempatan nak visit sekali lagi sebagai seorang student and anak angkat yang ramai penduduk kampung tu sendiri dah familiar dengan muka aku.
Kami sampai around 10am. Menurut pihak kampung, lepas aku chit chat dengan makcik-makcik, dorang kate kiteorg datang awal. None of them prepared yet. Kami kumpul di perkarangan surau, barang semua kena keluarkan terus sebab driver van nak balik. Aku pulak? Angkat barang, terus bawak ke rumah sendiri. I told my forster family in advance, dorang dah tau. Minum kejap and then balik ke surau.
Higher committee of the team, Dr. Khaizuron, Ketua Kaum Encik Roslee, Pengerusi Majlis Ustaz Amin dan lain-lain. After a while, opening ceremony pun bermula. Jeng jeng jeng. Let's skip all the speeches and bla bla bla, and then saat yang ditunggu-tunggukan oleh semua orang, sesi pengagihan keluarga angkat. Around 18 families yang dapat anak angkat, minimum 2 orang dan maximum 3 orang anak angkat. Woohoo! After that, semua balik ke rumah family angkat masing-masing, makan dulu and self-preparation.
After zuhur, kami kumpul kat surau. Can't remember well, rasanya team module and special task stay kat surau, while the other team akan dipecahkan kepada dua mini-team, and then jalankan next aktiviti which is Mahabbah Visit. Jalan-jalan dan ziarah ke rumah orang kampung, and then terangkan jadual program and anything else that need to be told. Sukaneka dijalankan pada petang hari. Sambutan menggalakkan dari adik-adik. Seronok tengok adik kecil lari, main dengan seronok. And then, sukaneka diteruskan dengan aktiviti dengan orang dewasa pulak. Game paling best ialah game yang kira-kira, kalau salah, kena sapu air campuran kunyit and tepung. Amekaw.. Semua orang bau kunyit, boleh buat daging goreng.
Habis sukaneka, ramai-ramai mandi sungai. Awesome. Sungai Kampung Senah Rayang ni is one of the beautiful river. Once, there was a research on the river by Japanese and others, aku pun tak ingat. Sungai tu jugak merupakan kawasan ternakan ikan. Jangan memancing, not allowed. Mandi boleh, tapi jangan dalam keadaan yang terlampau kotor.
Malam pulak, ade ceramah Maulidul Rasul by Bro. Anwar dan pembahagian hadiah kepada peserta sukaneka. And that's the end for the day.
Second Day - 16 January 2014
Hari kedua, memang dinanti-nantikan. Highlight untuk hari ni agak best - Program Mentoring di Sekolah St. James, Majlis Merewang dan Melantak Meja, Kursus Penyembelihan Ayam, dan Cultural Night. Ouh, not included jugak, some of the team yang pergi mandi-manda di kawasan air terjun.
Bangun awal pagi, self-preparation. Berkesempatan untuk lepak di sungai bersama abangs-abangs angkat ku, Anwar and Muaz, kami agak gila kerana main air sungai yang sejuk di awal pagi. Around 8.30 pagi, team module berkumpul di depan surau. Sedikit briefing on the programme schedule for the specific mentoring programme oleh Bro. Faizul, Ketua Biro Modul and mini-induction on modules yang akan dijalankan. Around 9 am, kami bergerak ke sekolah dan disambut oleh Guru Besar Sk. St. James.
Aktiviti yang dijalankan merangkumi aktiviti berasaskan facilitating dan juga mentoring. Sambutan yang sangat menggalakkan dari adik-adik sekolah, we're happy like a kid with a lollipop. Ouh, a bit details on the school. Sekolah ni sekarang mempunyai seramai lebih kurang 57 orang pelajar dari darjah 1 sehingga darjah 6, yang tinggal di Kampung Senah Rayang dan juga kampung sebelah iaitu Kampung Rudan Rayang. Most of them are muslims, dalam percentage yang sedikit sahaja non-muslims. Perimeter sekolah tak la besar sangat, tapi fasiliti mereka cukup - ade kantin, fasiliti kelas cukup, dewan terbuka, tandas, elektrik dan rasanya semua okay. Nak jalankan aktiviti pun senang. Sebelum ni, me and my MISI Club ade buat mural kat 2 bahagian dinding sekolah tersebut. We managed to paint it within two or three days, cantik la. Tapi sekarang cat dah luntur sikit.
Aktiviti kat sekolah habis dengan sesi photography dan kami semua balik ke kampung. Team module ramai-ramai pergi kawasan air terjun. Aku dah pergi and aku letih, so aku mandi sungai depan rumah dengan Azri. Ouh, azri ni adik kecik darjah 5 yang rapat dengan aku sejak pertama kali aku datang sini 2 years ago. Bukan adik angkat la, tapi sangat friendly and aku treat dia macam adik angkat jugak. Supposedly, around 3 o'clock kena pergi ke surau, ade sesi merewang, masak-masak dan sesi mengotorkan diri dengan ingredients. Haha.. Tapi kan, aku tidur kat rumah sebab rase suhu badan lain macam je lepas mandi sungai. Alasan je lebih haha.
Malam menyusul tiba, selepas maghrib berjemaah, makan malam disajikan dalam bentuk buffet kepada orang ramai. Tahniah kepada chef-chef yang terdiri dari orang kampung dan Biro Catering, masakan sedap. Mee Laksa Sarawak, Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Ayam Pansuh dan juga Air Jus Oren. Alhamdulillah, harapnya semua kenyang ye.
Around 9 o'clok pulak, kami beramai-ramai ke dewan serbaguna Kampung Senah Rayang. Cultural night dimulakan dengan welcoming speech from MC, and bacaan Asma Al-Husna, doa dan speeches lagi. Programme diteruskan dengan persembahan tarian dari adik-adik kampung, persembahan nasyid dan alunan zikir. Ade jugak tayangan video daripada pihak kami tapi sound system ade problem sikit. Lastly, bagi token of appreciation to VIPs and then photography session beramai-ramai. Ahh such a happy ending, as usual la kan.
Dah habis cultural night, the whole team buat postmortem jap kat surau and then balik rumah masing-masing. The best thing is, aku balik rumah, family angkat aku buat bbq. Amekaw. Aku yang kenyang, jadi lapar balik. Akak tu plak buat kek untuk kami bawak balik, lemang pun ade. Okay, sentimental sikit. Dah habis makan, kemas barang, and then tidur. zZzzZzZ
Third Day - 17 January 2014
Woah last day at Kampung Senah Rayang. Bukan untuk aku, tapi untuk yang lain, pasti menjadi deruan hati yang tidak ingin berpisah dengan keindahan kampung, ramahnya mereka, sungai yang cantik, dan banyak lagi! Seawal jam 7.30 pagi lagi dah berkumpul di perkarangan surau. Adik-adik semua dah pergi sekolah, tak sempat nak hantar kami balik, tinggal orang dewasa je. Aku macam biasa la, buat biase je sebab aku tau aku akan datang balik. Anyway, van datang around 8 am and kami bergerak keluar dari kampung around 8.30am. Sempat bergambar utk hari terakhir. Next destination is UiTM Kota Samarahan, yeah!
Sampai kat UiTM at 10am. Perghh hebat sekali wakil MPP UiTM, siap pakai kot. Kami pulak baru datang directly dari kampung, pakai baju smart casual je. Sempat jugak aku jumpa dengan adik aku, just for fun. Adik aku memang student UiTM Kota Samarahan. Okay, now back to the real topic. Iklan jap tadi.
Kami dibawak ke Bilik Sarjana where the Dialogue Session is held. Ade 3 panelists dari MPP UiTM KS dan 3 dari kami, dan juga seorang moderator dari pihak mereka. Alhamdulillah, dalam sesi ini yang berlangsung selama 2 jam ini, kami sempat membincangkan beberapa perkara dan isu - Mahasiswa Kelas Pertama, Sistem Kolej Kediaman dan juga Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Universiti samaada Akademik mahupun non-Akademik. Alhamdulillah, banyak input yang kami dapat. Seusai sesi dialog, lunch jap and then solat jumaat.
Lepas solat jumaat, kumpul balik and then sesi ice breaking, diketuai oleh fasi dari UiTM. Then, closing ceremony dalam Bilik Sarjana again. Afterwards, we went to UiTM Kota Samarahan Kampus 2 for a tour. Selepas asar, van dah sampai, kami berangkat pulang ke IIC. But before that, jalan-jalan dulu sekitar Kuching. Sampai ke IIC at 9.30 pm. Everybody is tired and tomorrow nak jalan-jalan lagi. But I'm sorry, I had to go back home early. And that's the end for me.
Thanks a zillion to the mainboard of the CETAM 14. I am actually a nobody in the team, I asked my friend who is one of the committee, to get me into the programme as a committee. It was a day before the programme started but alhamdulillah, the Programme Manager is okay with it. Aku pun dengan senang hati, join programme tu, with a new team. Alhamdulillah.
To the team, it was a great pleasure to work with you guys. Aku tak banyak tolong pun, tapi apa yang aku tolong, harap dapat sedikit sebanyak membantu sekadar yang termampu. I love CETAM 14!
To everyone, do join this kind of programme. It has been 2 years aku involve dalam baktisiswa and I love it. You'll find it quite amazing to be in a different place, different situation, a village, wonderful people and beautiful memories. Be inspired.
Kalau ada sape-sape nak buat programme kat Kampung Senah Rayang, roger la aku. Kampung tu dah macam rumah aku jugak. Haha.
Salam sayang CETAM14.
Kalau ada sape-sape nak buat programme kat Kampung Senah Rayang, roger la aku. Kampung tu dah macam rumah aku jugak. Haha.
Salam sayang CETAM14.
No comments:
Post a Comment