Ni nak cakap pasal cita-cita, memang satu hari tak habis. Seronok! Nak jadi ni, nak jadi tu, nak jadi apa-apa la. Kalau tak caya, ce korang list down dari kecik dulu sampai sekarang. At least ade 5 la.
First time dulu,cita-cita aku nak jadi doktor. Ayah aku slalu la dok bising-bising lenguh badan sana sini. Biasa la orang aktif badminton. Aku pon urut la bahu dia. Pastu dia cakap jadilah doktor. Senang nak dapat ubat. Aku pon terus set nak jadi doktor. Before tu, nak jadi polis tapi aku faham saiz badan aku camna. Gempal gedempol dulu. So, taknak terus.
Itu zaman lama. Bila masuk zaman sekolah rendah, entah brapa kali aku tukar 'cita-cita'. Ni semua gara-gara buku kamus bergambar untuk kanak-kanak ribena.
Lebih kurang camni la. Tapi kamus lain. Zaman 1999. |
Sampai tingkatan 3, tak pernah terdetik pun dalam hati nak jadi apa bila dah besar nanti. Lepas PMR, terus masuk science stream. Modern maths becomes much easier and entah mengapa dan bagaimana, aku set akauntan sebagai cita-cita aku. Kami yang ramai-ramai suka math memang bercadang nak jadi akauntan. Ahhh ini semua dusta...
And then come another subjects arrived. Just like Kinder Bueno during study time. Add Maths and Physics. Seriously, aku sangat suka dua subjek ni. Yang menjadikan inspirasi berterusan, cikgu add maths aku ni bekas engineer. Aura engineer kan. Pada masa yang sama dalam rumah, borak-borak dengan ayah aku, out of the sudden, he said, jadi la engineer. I was like, "Why all of the sudden?" Tapi, aku terima dgn hati terbuka.
Agaknya mungkin takdir, memang aku terus set cita-cita nak jadi engineer. Masa tu aku nak jadi civil engineer. Sarawak banyak construction sites. High demand la. Bila aku isi UPU, aku isi bidang engineering ja. Guess what? UIA no.6 antara 8 pilihan and aku dapat. Orang kata rezeki. Ok fine. Aku masuk la asasi kejuruteraan dan sains komputer. Studied foundation for about 1 and a half year and then it turns out to be that UIA tak offer pun civil engineering. Agak kecewa. Masa tu rasa nak apply degree ke UNIMAS. Tapi xpa la. Bukan rezeki. Rezeki ada di mana-mana. That's what they said.
Aku dapat Mechatronics Engineering dalam UIA. Bayangkan betapa jauhnya civil and mechatronics tu. Pembinaan dan Mekatronik(Mechanical & Electronics) memang jauh. Tapi aku memang suka jugak benda mekatronik ni. Tgh hangat Iron Man. Kononnya masuk mekatronik ni, boleh buat suit sendiri. Angan-angan membara! Tapi kalau korang nak tau, aku ni indecisive dalam memilih kerjaya. Contoh la, majoring course. Kawan-kawan aku tau la. Aku pernah nak tukar course ke BENL, TESL, Law and also Econs. Melampau kan?
So, itu la cita-cita aku. Nak jadi engineer. Tapi study engineering ni aku boleh ibaratkan seperti mematahkan tulang-tulang kecil and then di panggang tanpa isi. Agak melampaukan. Haha... Ada satu meme bout engineering yang aku suka.
Tapi kan, aku suka tengok Naruto. Mungkin aku boleh jadi ninja nanti. Ada course ninja ka?
Anyway, aku berhasrat nak jadi lecturer or a teacher, selepas 10 tahun sebagai engineer. Bila faham ilmu ni, and you do an output(teaching), ilmu tu akan jadi lagi kuat and the best thing is, it becomes a continuous merit to you.
Tanggal 16 Mei ni jugak, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang berwibawa. Sesungguhnya, kerjaya seorang guru amat susah dan mereka juga antara golongan yang membentuk generasi baru. Terima Kasih Cikgu! Jasamu dikenang!
bravo! hihi...
ReplyDelete