Alhamdulillah setelah beribu kali berjanji nak siapkan Travelogue tentang Bakti Siswa to Kampung Sungai Setar, akhirnya dapatlah aku siapkan secebis penulisan yang mungkin panjang, dan mungkin tidak terlawan dengan memori indah aku dapat dari program ni.
Anyway, let me brief a lil bout this programme. Bakti Siswa adalah sejenis program berbentuk community service yang memerlukan pelajar-pelajar untuk bekerja ataupun berbakti kepada masyarakat secara sukarela.
Pada tahun 2013 tarikh 10 Jun sehingga 14 Jun, selama 5 hari, Mahallah Bilal collaborate dengan Mahallah Safiyyah untuk menjayakan satu program baksis yang best, bertempat di Kampung Sungai Setar, Sik, Kedah.
So, let's begin :D
START
Day 1
Pada pukul 9
malam, semua peserta dan komiti, berkumpul di Multi Purpose Hall Mahallah
Safiyyah. Dalam masa satu jam, kami punggah barang dari MPH ke stesen bas
berhadapan dengan gate Mahallah Safiyyah. After that, semua orang balik ke MPH
untuk briefing terakhir mengenai perubahan jadual dan juga pencerahan daripada
biro modul. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan;Secondary, Primary and Nursery
School. Aku dapat Secondary school. Kami diberi dokumen mengenai modul yan g
akan kami jalan mengikut kumpulan masing-masing. Pada pukul 11 pm, kami masuk
bas. Ada 2 bas; Bas besar and Mini Bas. Kami bergerak ke Sik, Kedah tepat pada
jam 11.15pm.
Pada jam
1.10am bas berhenti sekejap di RNR Tapah Arah Utara. Semua makan malam untuk
mengisi perut yang lapar. 30 minit kemudian kami bergerak semula dan semua
orang tidur.
Pada jam
6am, kami sampai di Masjid Safwan Pekan Jeniang. Kami solat subuh berjemaah dan
rehat sementara di masjid tersebut. Kami beli sarapan di kedai makanan yang
terletak di hadapan masjid. Nasi Lemak, Roti Canai dan The Tarik menjadi
sarapan pagi pertama di Sik, Kedah!
Pada pukul
9am, kami bergerak dari masjid ke kampung tersebut. Ada klinik, kedai,
rumah-rumah dan tidak lupa juga perkampungan siam di tepi-tepi jalan.
Kebanyakannya pokok di sekeliling kami. Jalan bertar tapi dalam keadaan kurang
baik. Perjalanan yang bergegar-gegar. Tapi jalan itu masih boleh digunakan.
Permandangan yang menarik boleh dilihat dari sudut cermin, rumah-rumah kecil,
ayam dan itik berkeliaran, orang kampung yang bangun awal pagi untuk bersarapan
di warung berdekatan. Sesuatu yang jarang kita lihat di Bandar. Pada pukul
9.15am, kami sampai di kampung.
Sejurus
ketibaan, kami keluar dari bas dan berkumpul di bawah kanopi. Kata-kata pembuka
majlis dari ‘DJ Kampung’ iaitu Pak Tam kemudiannya diiringi dengan doa oleh
Tuan Haji. Kemudian, kami dihidangkan dengan sarapan lagi. Nasi Lemak Kampung
Sungai Setar. Sedap kata mereka. Aku yang sudah kenyang, mengalah dan hanya
duduk minum air teh panas.
Kemudian,
kata-kata aluan daripada JKK Sungai Setar, ucapan ringkas dari Principal
Mahallah Bilal Dr.Khaizuron, dan juga Ucapan Perasmian daripada YB Mahadzir.
Ucupan yang berhormat sungguh bermakna buat kami yang dating dari jauh, tatkala
keletihan, kami bangkit bertenaga. Setelah merasmikan program kami, beliau
mengetuai Penyerahan Anak Angkat kepada orang-orang kampung yang terlibat. Aku
dan juga Firdaus diserahkan hak penjagaan kepada seorang penoreh getah. Selepas
penyerahan anak angkat, kami telah diwawancara oleh krew RTM dan kemudiannya
mengambil gambar program beramai-ramai. Setelah itu, kami menjamu selera dengan
hidangan istimewa, daging kari dengan rias pisang, rebung, ikan masin dan
sambal. Kami juga sempat menyaksikan persembahan budaya kampung ini iaitu
Gendang Silat. Khas untuk kami dipersembahkan oleh orang kampung sendiri!
Seusai
opening ceremony, kami bersama-sama mengemas kawasan kanopi dan balik ke rumah
masing-masing. Pada jam 4 petang, kami berkumpul semula di surau untuk
meneruskan aktiviti ziarah silaturahim. Aktiviti ini dijalankan untuk
mendedahkan kepada seluruh orang kampung samaada yang mempunyai anak angkat
mahupun yang tidak mengambil anak angkat, tentang intipati dan jadual program
sekaligus mengalu-alukan kedatangan mereka ke program kami. Kami telah
dibahagikan kepada 6 kumpulan dan kumpulan aku telah diarahkan untuk mempelawa
orang-orang di Kampung Banggol bersebelahan dengan kampung kediaman kami. Di
kampung itu, kami boleh lihat sendiri pokok getah secara dekat. Pokok
buah-buahan juga banyak di tepi jalan. Sempat juga kami merasa kemanisan buah
durian dan buah mata kucing fresh dari pokok!
Pada jam
6pm, kami berkumpul semula di masjid dan mengambil masa selama 30 minit untuk
melakukan Ice Breaking antara kami sendiri. Pada pukul 6.30pm, kami makan malam
di kawasan kanopi kemudian bersiap untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya’ di
surau. Sedikit tazkirah daripada Bro.Hakim di antara Maghrib dan Isya’ mengenai
keikhlasan dan juga intipati Surah Al-Fatihah. Selepas solat Isya’, kami
mengalih barang-barang dari ruang masjid ke rumah di hadapan masjid itu.
Kemudian semua bersurai ke rumah masing-masing untuk tidur tetapi komiti
program diarahkan untuk tunggu sebentar di surau untuk brainstorming.
Day 2
Alhamdulillah.
Hari pertama dah selesai. Hari kedua pasti ada misterinya! Itu yang kami
nantikan.
Kami mulakan
hari kami dengan ‘Morning Exercise’ di padang ragut. Diketuai oleh Bro Ghafur
atau nama glamornya GaGa. Dari kepala hingga ke kaki, ada senamannya. Kami jadi
semakin bersemangat apabila Bro.Ghafur memperkenalkan teknik memhembus nafas
ataupun sorakan yang baru. Dengan berdiri tegak, tangan cuba mencecah hujung
kaki seperti ‘streching’, kemudian gerakkan tangan selama 3 saat dan lakukan
hooray sambil menyebut “Banzai!”. Kecut perut kami ketawa.
Kami
teruskan aktiviti dengan bergotong-royong pada pukul 9 pagi. Kami bersihkan
kawasan padang ragut dan sekitarnya dalam jangka masa yang cepat walaupun
keluasan padang ragut tu besar. Yang paling menyeronokkan, kalau ada yang kutip
sampah tanpa teliti, ada kemungkinan terkutip tahi lembu. Almaklum la kawasan
padang ragut. Memang kawasan lembu makan-makan. Selepas itu, lelaki membantu
orang kampung set-up pentas manakala pihak perempuan bersihkan kawasan surau.
Atas
permintaan salah seorang jawatankuasa pihak kampung, selepas gotong-royong,
kami pergi melawat rumah-rumah yang ada pesakit yang tenat. Ada 5 buah rumah
yang telah dikenal pasti dan kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. Kami pergi
menziarahi dengan sekampit beras, kain pelikat dan kain-kain lain. Sesi ziarah
kali ini betul-betul menyentuh hati kami. Salah seorang daripada pesakit yang
berumur lebih kurang 70 tahun memberikan kata-kata semangat kepada kami.
“Blajaq bagi baguih-baguih. La ni blaja utk ampa sendiri, bukan untuk kami”
Setelah selesai aktiviti tersebut, kami kembali ke rumah masing -masing dan kembali ke surau pada pukul 2.30 untuk persediaan Sukaneka yang diketuai oleh Bro.Afifi. Pada pukul 3 petang, penduduk kampung sudah mula berkumpul di padang ragut. Semua peralatan sudah siap sedia dan kami mulakan sukaneka walaupun cuaca kurang sesuai. Padang ragut dibahagikan kepada dua bahagian, untuk lelaki dan perempuan. Sukaneka ini terdapat banyak permainan, khas untuk semua peringkat umur. Antara permainan sukaneka ialah Galah Panjang, Lari di atas Tempurung, Tarik Daun Kelapa, Gula-gula dalam Tepung, Isi Air dalam Botol, dan ditamatkan dengan permainan yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu, Tarik Tali! Penyampaian hadiah diberikan sejurus tamatnya Sukaneka. Memandangkan Sukaneka tamat pada jam 6 petang, pihak lelaki UIA dan orang kampung bermain bola.
Selepas itu,
semua orang balik rumah untuk persiapan diri. Kami diberikan kelonggaran untuk
solat Maghrib di rumah. Manakala untuk solat Isya’, kami diarahkan untuk
berjemaah di surau kerana YB Mahadzir datang. Solat Isya’ diimamkan oleh YB
sendiri. Setelah selesai solat Isya’, kami bergerak ke rumah ayah angkat
Karamatao, seorang pelajar luar Negara UIAM untuk menjamu selera dan hidangan
yang disediakan untuk kami. Kami telah dihidangkan dengan Pulut Durian, Cucur
Ikan Bilis dan Mi Goreng. Pulut Durian sungguh sedap!
Tuan rumah
membenarkan kami menggunakan ruang tamu rumah mereka untuk meeting dan briefing
sekejap tentang aktiviti esok hari. Briefing diketuai oleh Bro.Ghafur. Terdapat
perubahan dalam jadual program esok hari. Merewang yang telah ditukar pada jam
3 petang dilewatkan sehingga 4 petang. Kemudian, ketua biro modul, Bro.Aliff
memberikan sedikit taklimat mengenai program motivasi di sekolah. Selepas itu,
semua bersurai.
Day 3
Sekolah,
Rewang dan Persembahan Budaya! 3 Aktiviti yang kami akan buat untuk hari ni.
Pada jam
8.00 pagi, kumpulan yang akan bergerak ke Sekolah Menengah Jeneri dan juga
tadika berkumpul di hadapan surau. Sedikit taklimat ringkas daripada Ketua Biro
Modul, Bro. Aliff sebelum kami berangkat ke destinasi masing-masing. Rasa
gementar untuk member motivasi kepada adik-adik mula terasa walaupun ini bukan
kali pertama aku menjadi fasi. Kami bergerak ke sekolah dengan menaiki bas pada
jam 8.15 pagi dan 8 minit kemudian, kami sampai ke SMK Jeneri, Sik, Kedah.
Kawasan
sekolah tersebut sangat luas, dengan fasiliti yang lengkap. Kami disambut oleh
Cikgu Mazhalan dan dibawa ke cafeteria sekolah. Kata-kata aluan diberikan oleh
kaunselor sekolah iaitu Cikgu Rosli kemudian ucapan ringkas daripada Pengetua
Sekolah. Kami telah diberitahu bahawa adik-adik yang akan bersama kami hari ini
dari Tingkatan 4 dan masing-masing dalam jurusan sains, perakaunan, perdagangan
dan juga kemahiran. Sebelum program kami bermula, Bro.Aliff memberikan
pencerahan tentang modul-modul yang akan kami jalankan. Pada jam 9 pagi,
program kami bermula dan tamat pada jam 1 petang. Sambutan yang amat
memberangsangkan daripada adik-adik SMK Jeneri. Walaupun ramai yang bosan pada
mulanya, tetapi selepas habis program, ramai yang berpuas hati dan gembira.
Alhamdulillah. Kami hanya berharap yang baik-baik sahaja. Selepas tamat
program, pihak sekolah menyediakan jamuan kepada kami dan wakil daripada kami
menandatangani buku pelawat SMK Jeneri.
Kami
berangkat pulang ke kampung pada jam 2 petang. Sebelum balik ke rumah
masing-masing, kami singgah ke rumah salah seorang penduduk kampung yang
mempelawa kami untuk menjamu Laksa Kedah yang telah mereka sediakan. Kenyang
dan sedap! Itu sahaja yang mampu kami katakan.
Pada jam 3
petang kami turun ke depan rumah Mama untuk membantu biro catering merewang
untuk majlis kenduri malam ni manakala sesetengah daripada kami telah berada di
sekolah rendah untuk program motivasi. Ayam, bawang, sayur, kari sehingga ke
nasi, kami masak beramai-ramai. Yang seronoknya, pertama kali kami cuba masak
nasi dengan menggunakan salah satu alat besi yang besar. Bentuknya lebih kurang
macam kapal Apollo. Beras dituang di atas beberapa talam. Talam-talam tersebut
disusun di atas rak besi yang berbentuk segi tiga yang terletak di atas kuali
besar berisi air panas yang sedang mendidih. Selepas semua talam tersusun
dengan lurus, kami tutup kuali tersebut dengan badan kapal Apollo tersebut.
Nasi tersebut akan masak dalam masa 45 minit.
Sesetengah
daripada kami pula membantu orang
kampung untuk set up pentas dan juga menyusun kerusi-kerusi di kawasan kanopi.
Selepas habis semua kerja, semua balik ke rumah untuk bersiap-sedia dan
berpakaian segak untuk majlis Persembahan Budaya Baktisiswa 2013!
Pada jam 9
malam, kelihatan ramai penduduk kampung berkumpul di kawasan kanopi. Bukan
sahaja penduduk kampung dari Kampung Sungai Setar, malahan dari kampung
sekeliling kawasan juga turut hadir memeriahkan majlis kami. Semua menjamu
selera dan menu kami hari ni ialah, Laksa Utara, Nasi Putih, Kari Ayam, Kerabu,
Sambal Ulam dan juga Ikan Masin. Masakan yang mantap dan sedap! Pengacara
majlis ialah Bro.Faizul dan Sis.Sakinah. Kedatangan YB Mahadzir memulakan majlis
kami dan persembahan pertama ialah Nasyid Marhaban. Selepas itu, persembahan
gendang silat yang sama seperti hari pertama. Pelajar UIAM sudah bersiap-sedia
untuk melakukan persembahan masing-masing. Masa 7 minit diberikan kepada setiap
kumpulan untuk mempersembahkan apa-apa sahaja yang kami telah sediakan. Semua
penduduk terhibur dengan persembahan kami dan majlis ditutup dengan persembahan
gendang silat sekali lagi dan kemudian penyerahan penghargaan kepada YB
Mahadzir. Selepas itu, semua penduduk kampung bersurai ke rumah masing-masing
manakala kami dan sesetengah penduduk kampung yang tinggal mengemas kawasan
kanopi.
Day 4
Pada jam 8
pagi, ada explorace di padang ragut. Unfortunately, tak tau la apa sebabnya, maybe hujan, explorace tak jadi. Aku tak tahu sebab aku masih tertidur dalam rumah sampai jam 9.30 pagi. Anyway, program seterusnya iaitu Lawatan ke
Empangan Beris!
Selepas briefing, kami semua bebas bergerak di sekitar kawasan empangan, tapi beberapa kawasan memang tak boleh masuk. Sangat seronok sebab pertama kali pergi kawasan empangan. Kami beruntung sebab masa kami datang, air empangan dilepaskan mengikut jadual sendiri. Boleh tengok live.
Jamuan khas dihidangkan untuk kami oleh staff. Lepas tu, Bro.Nurdin bagi kebenaran supaya kami semua pergi ke Ladang Anggur Sik. Splendid.
Perjalanan lebih kurang 20-30 minutes tidak lama bila sampai ke ladang anggur tu. Pemandangan yang cantik. Boleh tahan la. Tapi tak sesejuk yang aku imagine. Untuk masuk ke kawasan tanaman anggur, kena beli tiket berharga RM 4. Nasib baik murah. Keluasan ladang anggur ni, biasa-biasa ja. Tak banyak yang masak. Lepas habis jalan-jalan, kami beli anggur fresh packed berharga RM 15 per 500gm. Beli untuk family angkat. Hehe.
Lepas tu, semua balik ke kampung. Masing-masing dah puas berjalan-jalan. Tapi bagi mereka yang naik kereta, ada yang tak balik kampung, sebab tak puas jalan. Aku and the rest dalam kereta kancil join Mama makan Mee Rebus. Recommended. Memang sedap. Segan nak tambah lagi, sebab Mama belanja.
Lepas tu, kami pergi rumah saudara Mama. Sampai kat rumah tu, terus telan air liur. Pokok durian is everywhere. I can smell their fresh delicious smell and I'm ready to eat them all. Kami duduk kat pondok luar rumah, sambil membuka durian-durian yang baru jatuh. Saat-saat yang dinanti telah tiba, durian feast sampai lebam. Masuk rumah, dan kami dihidankan dengan keropok ataupun 'krik krik'. I really enjoyed this moment, everyone is laughing and every is enjoying the moment, like I did. Bro.Yousuff baru tau maksud 'krik krik'. Entah berapa kali dah kena 'krik krik'.
Dah kenyang dan ready untuk balik, kami siap-siap dan bergerak balik ke kampung. Malam tu plak ada kenduri. Lebih kurang 4 buah rumah buat kenduri. Aku hanya pergi 2 buah rumah. The only reason aku enjoy pergi kenduri kat kampung ni sebab durian pasti ada. Malam yang penuh rezeki, aku makan durian yang isinya kuning-kuning pekat, rasanya manis-manis macam aku, haha. Dan bau nya menusuk dalam kalbu. Entah berapa ulas aku makan. Yang penting, durian.
Alhamdulillah once again. There's nothing much I can say about Day 4. Family outing makes me feel I'm one of them, knowing them better and laughing together as family.
Day 5
Last day, bangun pagi rasa macam tak nak bangun dari katil. Baju formal Baksis sedia untuk dipakai. Ahhh semua orang ready nak buat drama masing-masing.
Closing Ceremony diadakan di kawasan kanopi. Semua peserta pakai baju yang sama, and masing-masing bawak family angkat sendiri. Speeches by YB Mahadzir, Principal Mahallah Safiyyah and Programme Manager.
After that, sesi penghargaan untuk semua pihak yang menjayakan program Baksis '13 ni. Ada sesi bergambar. And then officially program Baksis '13 berakhir. As usual, sesi bergambar tak habis pun. Kamera banyak sangat. Artis pun banyak. Semua nak jadi artis. Hahaha.
Pihak lelaki solat jumaat kat kampung sebelah, lebih kurang 5-10 minutes dari kampung kami. Tepat jam 3 petang, semua berkumpul dan ready untuk balik. Barang-barang mula dipunggah masuk ke dalam bas. Jam 4 petang, kami akan bergerak balik tapi sebelum tu, masing-masing balik jumpa family angkat. Memang sedih saat ni. Mungkin ego aku kuat sikit, aku 'simpan' sedih sampai dalam bas. Pada jam 4 pm, kami bergerak pulang ke UIAM.
END
Siapa sangka, 5 hari cukup untuk jadikan kami rapat sebegitu rupa. Kalau ikutkan, kami hanya sukarelawan, tapi kami datang sebagai anak angkat. Masing-masing punya rasa sayang pada kampung yang memberikan kami 5 hari yang penuh tawa riang dan memori yang indah.
Jangan risau orang Kampung Sungai Setar. Ada masa kita jumpa lagi. Ada cuti, kami pi sana lagi.
Masuk Newspaper Kosmo |
p/s : All of these pictures are credited to the original photographers. Video provided is credited to the right authority.
Salam..masih ade lagi x contact wakil kg tu?
ReplyDelete